MLM Business Perniagaan








20 Mac, Jumaat. Time tu aku keje shift pagi, so dlm pukul 12.58am tu aku dah get ready nak tutup cyber cafe ni. Time tu ada sorang customer yg br nak keluar. Bz nampak.

Bila dia keluar tu, ceh, sombong je, cakap kuat-kuat yang dia dapat RM7000 dlm akaun dia. Borak-borak sket ngan dia, br tahu, dia ni join multilevelmarketing (mlm). Tapi versi online (kira macam uptrend gitulah).

Disebabkan aku malas nak dengar dia merapu, aku cakap je lah yang aku nak jumpa dia malam ni (kononnya minat la nak join). So aku pun sate date la ngan dia nak jumpa malam tu. Tak rugi pun dengar agent direct selling ni bercerita sebab selalunya diorang akan belanja. Tak percaya try la sendiri. Kalau yang tak belanja tu selalunya yang tak serius la.

So malam tu aku pergi la tunggu orang yang promote kat aku tu. Lepak kat bawah cc tempat aku keje tu. Ingat oran ni kaya sangat, rupanya kete buruk je. So menunggulah kitorang berdua kat bawah tu, tunggu upline dia datang. Sepanjang aku menunggu bersama dia, ada 2 bende je yang dia cakap. First, dia asyik puji upline dia. Dia kata upline dia tu hebat, kaya. Sehinggakan bila member dia datang, dari jauh lagi dia dah jerit "Haa.... Tu dia BMW member aku tu. Ko tengok, gempak tak dia? Muda-muda lagi dah drive BMW" (ceh, aku sikit pun tak heran)
Second, dia asyik dapat call je from anak dia ngan bini dia. Daripada apa yang aku dengar, dia memang ada masalah rumah tangga yang teruk. Dia cakap kat aku, dia balik nanti dia nak lempang je bini dia. (Nasib baik aku bukan anak dia).

So bila upline member dia tu sampai, sekali lagi orang tak betul yang aku jumpa tu "mengagungkan" upline dia tu (daripada ayat dia, dia mengaku upline dia tu member lama dia, tapi sepanjang aku borak ngan upline dia tu, upline dia tu tak mengaku pun orang tak betul tu member dia).

Time upline dia nak ajak gi restoran, orang tak betul tu (kalau tak silap nama dia Rosli) tetibe kata dia adahal ngan bini dia, terpaksa balik. So aku berdua-duaanlah dengan "orang kaya muda" tu.

Oppsss. Ada bende kelakar, "orang kaya muda" (nama dia Zaki) tu kata dia ada kerja lain, arkitek. Bukan setakat tu, abang dia plak jutawan (kalau tak silap bakal disenaraikan dalam 10 orang terkaya di Malaysia tahun depan). Kalau macam tu ape nak heran dia pakai BMW.

So lepas tu aku pergilah makan kat sebuah warung yang takde lesen (rasanya) di seksyen 4 tambahan. Si Zaki tu tanya kau nak makan apa. Fuhh, aku dah cakap, sape keluar ngan orang direct selling ni memang kenyang. Tapi aku ni memang jenis orang yang tak suka ambil kesempatan. Aku mintak nak minum je. Kopi Radix (first time ni). Tu pun sebab member aku yang promote dulu.



Disebabkan aku taknak panjangkan cerita, aku terus kepada point aku yang sebenarnya.

Hadith Rasulullah,

" Rasulullah saw. ditanya oleh Jibril tentang tanda-tanda kiamat, lalu beliau menjawab, “Seorang budak melahirkan majikannya, dan engkau melihat orang-orang yang tidak beralas kaki, telanjang, dan miskin, penggembala binatang berlomba-lomba saling tinggi dalam bangunan.” (HR Muslim) "

Di antara tanda-tanda kecil kiamat, orang miskin berebut-rebut nak jadi kaya. Di bawah adalah sekadar lampiran :







Oklah, ni sebahagian gambar-gambar yang aku dah bosan tengok. Macam-macam. "Dulu kapcai kini Mercedez", "Saya sedang bersenang-lenang di sini, anda bagaimana?", "Bosan kerja makan gaji?" dan macam-macam lagi ayat yang agak "catchy" yang biasa digunakan oleh para mubaligh MLM ni.

Orang-orang sekarang memang kemaruk nak kaya. Nasib baik Islam haramkan judi, kalau tak memang orang Melayu dah penuh kat pusat-pusat judi.

Dan bukan sedikit orang kita yang tertipu dengan sebahagian MLM yang menipu ni.

Tapi aku bukanlah nak salahkan orang-orang yang tertipu ni. Dan juga bukan nak salahkan orang yang kemaruk nak kaya ni. Tapi disebabkan tekanan hidup yang begitu menghimpit nilah sebenarnya punca orang-orang kita jadi macam ni.

?????????????????????

Kos pendidikan yang begitu tinggi. Dicampur dengan sistem yang selalu berubah menyebabkan ibubapa terpaksa beli buku baru setiap tahun.

Kos perubatan yang begitu tinggi sehingga kadang-kadang rasa macam tak masuk akal.

Sistem riba yang diamalkan oleh bank-bank yang menindas orang ramai.

Cukai-cukai yang dikenakan oleh kerajaan bodoh yang mengaku pandai.

Bil-bil, harga minyak dan lain-lain yang begitu tinggi jika nak dibandingkan dengan negara kafir yang lain.

Semuanya mahal kat Malaysia ni. Satu je yang murah = MARUAH ORANG BN.

??????????????????

Alang-alang aku dah tulis blog ni, aku nak promote satu bisnes la kat korang sume.


Aku ada bisnes baru ni, nak join tak? Dlm masa kegawatan ekonomi ni, nak dapat kerja pun susah, apa kat korang join aku buat bisnes. Aku tak nak bagitahu dulu la nama bisnes tu, cukup sekadar ciri-ciri dia.

bisnes online nih! Sebelum tu, aku nak tanya ko beberapa soalan, jika jawapan anda ialah tidak, maka anda PATUT menyertai bisnes ni.

+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+

" 1) Bolehkah anda masuk ke sebuah restoran lalu jerit sekuat hati, "OK, MAKAN SEMUA, AKU BELANJA". Boleh? Restoran tu besar, penuh pelanggan dan menunya semua mahal-mahal.

2) Bolehkah anda mendermakan RM100,000 kpd mana-mana masijd? Derma tanpa ketuk dahi? Boleh?

3) Oklah, soalan senang je lah kali ni. Bolehkah anda membeli sebuah rumah banglo mewah CASH dan sebuah kereta mewah CASH pada usia muda? Sebelum usia 28 tahun. Boleh? "

+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+

Ok lah, soalan dah habis. Percaya tak dgn bisnes aku tu, kalau korang join, korang boleh jawab "BOLEH" untuk semua soalan-soalan di atas.

Firstly, bisnes ni memang halal la. Tak perlu ragu. Sah di sisi Islam dan di sisi undang-undang negara.

Apa yang anda perlu lakukan? Just cari orang untuk menyertai program ni. Simple. Senang. Dijamin hari tua anda akan terjamin.

Oklah tukar mood, korang macam tak berminat je.

BISNES ONLINE / TAK PERLU JUAL BARANG / TAK PERLU MODAL BESAR / HALAL / UNTUNG BERLIPAT KALI GANDA.

CUMA CARI ORANG BAWAH.

TAKUT RUGI?
JANGAN RISAU, PERNIAGAAN INI PASTI UNTUNG.

KALAU RUGI?
PERCAYALAH, DENGAN MODAL YANG BEGITU KECIL, RUGI PUN TAK KISAH.

BERAPA MODALNYA?
RM1

HAH? ULANG BALIK?
RM1, KNP? TAK PERCAYA?

WOW FATTAH, CEPAT BONGKAR KAN RAHSIA PERNIAGAAN INTERNET INI KEPADA SAYA!!!
SABAR DULU KAWAN. SAYA PUN TAK JOIN BISNES NI....

HAH, KENAPA?
SEBAB SAYA ADA BISNES YANG LEBIH MENGUNTUNGKAN LAGI

+-+-+-+-+-+-+-+--++-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-++-+-+-+-+---+--+--+--+-+-++-+-+-+-+-+

Bisnes yang lebih menguntungkan. Halal. Apa yang anda usahakan akan datang kembali kepada anda dengan keuntungan yang berlipat kali gandakan.

Tapi modalnya agak besar. Tapi jangan risau, kita boleh buat pinjaman untuk dapatkan modal tu.

"Isyyy, Fattah, aku tak suka la pinjam-pinjam ni"

Jangan risau, pinjaman ni takde bunga atau apa-apa faedah. Malah lebih menarik, pinjaman yang diapply dengan tujuan bisnes ni tak perlu dibayar balik. Bukan setakat tak payah bayar,
malah pemberi pinjaman tu terpaksa memberi pulangan yang lebih mengikut perjanjian.

Tahu kenapa? kerana perniagaan ni hanya berurusan dengan pemberi pinjaman itu sendiri. So, ok tak?

Bisnes ni dah wujud beribu tahun dahulu. Bisnes ni siap ditulis dalam Al-Quran lagi, cuma kita je yang tak mengambil iktibar daripadanya. Nak aku tunjukkan ayat dia? No hal....


“Wahai ORANG-ORANG YANG BERIMAN! Mahukah kamu aku tunjukkan satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?”

(61;10)

“Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui”

(61;11)


“Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan memasukkan kamu ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga ‘Adn. Itulah kemenangan yang besar”

(61;12)

“Sesungguhnya Allah telah MEMBELI dari orang-orang beriman akan JIWA mereka dan HARTA BENDA mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh SYURGA, (disebabkan) mereka BERJUANG pada jalan Allah; maka (di antara) mereka ada yang MEMBUNUH dan TERBUNUH”

(9;111)


Maha Suci Allah. Tiada kata yang mampu menggambarkan kehebatan ganjaran itu. Itulah kemenangan yang besar!

“Dan ada lagi kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat waktunya. Dan sampaikanlah berita gembira kepada ORANG-ORANG YANG BERIMAN”

(61;13)

“Wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebagian daripada rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu TIDAK ADA LAGI JUAL BELI dan tidak ada lagi syafa'at “

(2;254)

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu yang BERPALING TADAH dari agamanya, maka Allah akan mendatangkan satu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya , mereka pula bersifat LEMAH-LEMBUT terhadap orang yang beriman dan bersikap KERAS terhadap terhadap orang-orang kafir, yang BERJIHAD di jalan Allah dan TIDAK TAKUT kepada CELAAN orang-orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurniaan Allah, yang diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya”

(5;54)

Faham tak? Oklah, aku citer sket la. (aku ni kira macam agent la, aku citer kat orang lain, bila korang "join" aku dapat pahala yang berterusan yang tak boleh dijanjikan oleh mana-mana MLM kat dunia ni)

Mula-mula macam ni. Allah bagi kita modal kepada kita dalam bentuk tubuh badan, pelbagai jenis nikmat dan lain-lain bende sebagai bekalan untuk hidup di bumi ini. INGAT, SEMUA MODAL YANG DIBERIKAN HANYALAH PINJAMAN.

Tapi yang lebih menarik, segala pinjaman tu Allah nak beli balik daripada kita (sebagai sindiran kepada orang yang tak sedar bahawa segala yang mereka ada cuma pinjaman) sebagaimana yang Allah sebut dalam surah At-Taubah ayat 111.

Sekarang cuba anda fikir balik.

Modal = Tubuh badan, nikmat-nikmat (pinjaman)

Usaha = Kita "menjual" (mengorbankan) nyawa, tenaga, harta, masa dan segala benda yang dah dikurniakan kepada kita.

Bayar Kembali Pinjaman = Tak perlu malah modal itu dibeli kembali oleh pemberinya (Allah)

Keuntungan = Nikmat yang tak terhingga selama-lamanya

Kalau Tak Join = Pemberi pinjaman (Allah) akan kutip balik hutang-hutang hambanya (dahla hamba, tak bayar hutang plak tu) dan mencampakkan ke dalam tempat yang lebih teruk daripada penjara (neraka)





------------------------------------------------------------------------------------------------

Ingatlah kawan-kawanku sekalian, adakah anda berasa anda telah selamat dan yakin masuk syurga tanpa berkorban demi dakwah Islam? Adakah dengan Syahadah, Solat, Puasa, Zakat, Haji sahaja sudah cukup untuk kita tidak dimasukkan ke dalam neraka?

Memang umat Islam confirm masuk syurga. Tapi adakah kita masuk syurga di tingkat yang teratas sekali? Adakah kita boleh masuk syurga terus tanpa masuk neraka terlebih dahulu?

------------------------------------------------------------------------------------------------