SELAMAT HARI GURU


Alhamdulillah, buat kesekian kalinya, perayaan Hari Guru dapat berlangsung dengan lancar dan selamat. Hanya saje, pada tahun ini, Hari Guru terasa lebih meriah dibandingkan dengan sebelumnya. Ini disebabkan oleh kehadiran penulis yang secara tidak langsung turut meraikan jerih-payah guru-guru penulis semasa penulis  duduk di bangku Sekolah Rendah zaman dahulu.

Acara yang di targetkan bermula dari pagi, terpaksa diundurkan waktunya, kerana rahmat Allah yang datang secara tidak terduga (hujan-red ), membasahi seluruh bumi ABIM. Limpahan airnya bagaikan doa untuk para guru-guru agar terus berjuang mendidik kader ummat untuk kejayaan bangsa. Sesuai dengan Janjinya Allah 

مثل الذين ينفقون اموالهم في سبيل الله كمثل حبة انبتت سبع سنابل في كل سنبلة مائة حبه والله يضاعف لمن يشاء والله واسع عليم

Barang siapa yang menyedakahkan hartanya kepada Allah, bagaikan sebuah benih/biji ( kebaikan-red ) yang tumbuh daripadanya tujuh tangkai, dan setiap tangkai itu menghasilkan 100 biji yang lain. 

Subhanallah, inilah ganjaran di dunia maupun di akhirat kelak bagi guru-guru ABIM yang terus-terus berusaha  menggali potensi anak-anak didiknya untuk meraih prestasi meskipun itu mengorbankan harta, jiwa, raga, maupun nyawa mereka sendiri.

Kembali kepada tajuk diatas, Hari Guru di ABIM berlangsung dengan suasana yang sangat meriah. Saat itu, seluruh murid-murid ABIM, Seri maupun Semi berkumpul di  lapangan sekolah untuk sama-sama menyaksikan IKRAR daripada Guru-guru untuk anak muridnya diteruskan dengan Koor Paduan Suara Guru Malaysia.

Setelah itu, guru-guru diberi waktu sekian menit untuk mengganti baju, preparing untuk SUKANEKA antara kami semua. Permainan berlangsung dengan rancak dan asyik, hingga akhirnya matahari tersenyum dengan hangatnya di atas kepala seluruh warga ABIM seakan meminta acara permainan dilabuhkan tirainya.

Turut dengan kehendak matahari, tidak bermaksud semangat guru-guru semakin berkurang. Bahkan bertambah, bertambah dan bertambah. Ini kerana ketika guru-guru sedang berehat seketika di ghurfah, ratusan murid membanjiri bilik guru untuk memberikan hadiah sebagai tanda syukur atau terima kasih kerana telah mendidik dan mengajar mereka. Alhamdulillah, penulis turut mendapat curahan itu, berbentuk hadiah maupun hanya sekadar doa saje.



Pendek cite, meja penulis penuh dengan hadiah dari murid-murid yang dikenal maupun yang tak terkenal. hehehe

Semoga saje, hadiah yang diberikan tidak berakhir di situ. Tetapi, rase kasih sayang antara sesama serta kemahuan untuk menuntut ilmu semakin meningkat dengan berjalannya acara seperti ini.

Tepat pukul 1.30, kedengaran suara Allah ( azan ) memanggil para hamba-Nya untuk melaksanakan sholat dzuhur berjama'ah. Seluruh penghuni Kompleks ABIM  melaksanakan dengan khusyu' lalu berdzikir kepada-Nya dengan membaca surah Yassin agar Allah merahmati dan meridhoi perjuangan pendidikan yang suci ini.


Eit, eit, eit, Jangan berhenti baca dulu ( belum habis lagi tau )


 Ketika matahari telah meringankan senyumannya, ( 2.30 pm ), guru-guru diminta berkumpul di Surau untuk saling berbagi hadiah dan menyampaikan isi hatinya kepada guru-guru  yang lain. Tapi sebelum itu, majlis dimeriahkan dengan cabutan bertuah serta kotak beracun.

Entah pasal ape, penulis mendapat 2 nasib. Satu baik, satu buruk. First time, nama penulis dibacakan ketika cabutan bertuah, ( inilah seumur hidup penulis kene ngan cabutan yang satu ni, hehehe). 20 minit setelahnya, nama penulis disebutkan pula ketika sesi kotak beracun. Heiiii, nak tak kene kenelah nyanyi. Selamat sekolah tak runtuh mendengar suara penulis. hehehe.

Kemudian acara berakhir dengan menikmati juadah petang yang disediakan oleh pengerusi untuk guru-guru. Menunya terdiri daripada Ayam KFC, roti arab, sup cendawan ( ini favorit penulis ), kuah sweet and sour dan kek yang besarnya semeja. Belum lagi juadah ringan yang lain. Alhamdulillah99x, di saat ada rakyat di negara yang lain sedang kebuluran. Allah masih memberikan rezeki kepada kami semua.

nb : oh ye, hadiah penulis pada hari Guru ditujukan kepada teacher Raihan.
        
untuk gambar2 yang lain bolehlah didapatkan di :



Signs of the Day of Judement

Kartunis Penghina Nabi Diserang Lagi

STOCKHOLM (Arrahmah.com) - Rumah kartunis Sweden yang pernah menggambar kartun penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW, kembali diserang pada Jumaat malam (14/5), ujar polis tempatan, Sabtu (15/5).

Lars Vilks yang tinggal di Nyhamnslage di selatan Sweden dilaporkan sedang tidak berada di rumah saat serangan terjadi dan tidak ada seorangpun yang terluka akibat serangan ini.

Ini adalah serangan terakhir terhadap kartunis berusia 53 tahun yang sangat melecehkan Islam. Sebelumnya dia pernah diserang oleh seseorang saat dia mengisi kuliah umum di sebuah universiti. Laman buatannya pun menjadi sasaran serangan, laman tersebut berhasil di-hack oleh seseorang yang menggunakan nama Al-Qatari.

Polisi tidak berhasil melacak jejak penyerang.

Vilks menghadapi banyak serangan sejak dia dengan sangat beraninya menggambar sosok Nabi Muhammad SAW sebagai anjing yang tentu saja menyulut kemarahan umat Islam. (haninmazaya/arrahmah.com)

Sumber

TEMAN DAN PERSAHABATAN ( Friend and Friendship )

Stories by unknown author



Kalau kau hidup seratus tahun, aku ingin hidup seratus tahun kurang sehari sehingga aku tidak harus hidup  tanpamu – ( Winnie the Pooh )

Persahabatan sejati seperti kesehatan, jarang orang menyadarinya sampai ia kehilangan ( Charles Caleb Colton )

Sahabat sejati adalah orang yang datang ketika yang lain meninggalkan.

Jangan jalan di mukaku, mungkin aku takkan mengikutimu. Jangan jalan di belakangku, mungkin aku tak dapat memimpinmu. Jalanlah di sampingku dan jadilah temanku. ( Albert Camus )

Sahabat sejati adalah satu jiwa dalam dua tubuh. ( Aristoteles )

Persahabatan adalah cara Tuhan mengurus kita.

Bila kau mati sebelumku, tolong tanyakan apakah kau boleh membawa teman. ( Stone Temple Pilots )

Bila semua temanku terjun dari jembatan, aku takkan terjun bersama mereka, tapi aku akan berada di bawah untuk menangkap mereka

Semua orang mendengar yang kau ucapkan. Teman mendengarkan yang kau ucapkan. Teman karib mendengarkan yang kau rahasiakan

Pokok Chantek Yang MERBAHAYA, Awas Bagi Kanak2!

I received this forwarded mail. We need to take note as i myself have a couple of pots of this particular plant!

Got this message from a friend in Vietnam. -EM

------------------------------------------------------------------------------------

Pokok ni memang bahaya dan beracun... teringat masa kecik dulu.. anak jiran termakan ''ubi; dia...... lidah dan mulut dia mengelembung (bengkak sangat) ......

sesapa ada tanam.. elok ler buang nya. -Lim Kim Cheng

------------------------------------------------------------------------------------


Dear all;

Please read below. The message is true. I almost lost my daughter who put a piece of the leaf of this plant in her mouth and her tongue swelled to the point of suffocation. This is one plant but there are others with the same characteristics of coloring. Those are also poisonous and we should get rid of them. Please watch out for our children. As we all leave our children home in the hands of the helpers, we should give them a safe environment where they can play.

"This plant that we have in our homes and offices is extremely dangerous!
This plant is common in Rwanda, in many offices and in homes. It is a DEADLY POISON, mainly for the children. It can kill a kid in less than a minute and an adult in 15 minutes. It should be uprooted from gardens and taken out of offices. If touched, one should never touch ones eyes; it can cause partial or permanent blindness.

Dosa-Dosa & Facebook

Dosa-Dosa & Facebook





Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.



Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.



Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.



Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.



Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.



Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.



Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.



Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .



3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.



Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.



4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.



Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.



Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.



5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.



Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.



Ini boleh menjadi dosa, kerana :-



a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.



6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan



Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.



Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.



Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.





KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian



Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

3 Mei 2010