BERMINAT? [Forum Perbandingan Agama]





assalamualaikum wbt,

to all my dearest friend, i would like to share with you this. for i know that we have our curiosity unveiled upon other religion such as hindu, buddha and kristian and that there would be held a "Friendly Comparative Religion" organized by Saba Islamic Media. i strongly suggest that we look into this matter to understand their religion and not cursing them. you can contact a representative from my U;
Faridah Sulong,Year 4, FPSK
013-2358685

or if needed i could assist you



"tingkatkan ilmu, tingkatkan iman, tingkatkan iman"










Tempat: IIS Lecture Hall, 1-5-2, Prima Peninsula , Jalan Setiawangsa 11, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur


Map dari stesen LRT Setiawangsa ke IIS

1. Berjalan dari LRT Setiawangsa ke Stesen Petrol Caltex.

2. Sambung berjalan ke Padang Bola Taman Setiawangsa.

3. Sambung berjalan ke Saba Islamic Media.

Selepas sampai di Saba Islamic Media, naik lif ke tingkat 5. IIS di sebelah kiri lif.

Fees: RM100 untuk pelajar & RM120 untuk bukan pelajar
*** Kalau ada masalah kewangan, jangan segan bagitau saya. InsyaAllah kami volunteer akan usahakan bantuan melalui sponsor. Wlbgmnpn, tidak ada jaminan kami akan bejaya mencari sponsor.
*** Peserta akan diberi 5/6 buku, 1 vcd/dvd Ahmad Deedat, sarapan, makan tengahari, minum petang dan sijil.

Tarikh FCR Fasa 1 Tahun 2010

16&17/1/2010 BM
20&21/2/2010 BI
20&21/3/2010 BM
17&18/4/2010 BI
15&16/5/2010 BM
19&20/6/2010 BI
25&26/9/2010 BM
16&17/10/2010 BI

Tentatif & Sinopsis FCR Fasa 1

Sabtu
08.30am - 09.00am Pendaftaran
09.00am - 09.15am Pengenalan
09.15am - 10.30am Kewajipan Berdakwah
10.30am - 10.50am Rehat
10.50am - 11.50am Sejarah Kristian
11.50am - 01.00pm Asas Kepercayaan Kristian
01.00pm - 02.30pm Rehat & Solat
02.30pm - 03.30pm Kepercayaan Orang Cina
03.30pm - 04.30pm Hinduism
04.30pm - 05.30pm Bengkel Bible

Ahad
08.30am - 09.00am Imbasan Semula
09.00am - 10.40am Salah Faham Terhadap Islam
10.40am - 11.00am Rehat
11.00am - 12.10pm Memahami Mualaf
12.10pm - 01.10pm Pengalaman Bersama Paderi & Gereja
01.10pm - 02..30pm Rehat & Solat
02.30pm - 03.30pm Quran & Sains
03.30pm - 05.00pm Soal Jawab
05.00pm - 05.15pm Program Susulan (Follow Up)
05.15pm - 05.30pm Penutup


Sesi 1 – Kewajipan Berdakwah

Peserta akan diterangkan perbezaan di antara Dakwah dan Islah. Ia diikuti dengan persoalan sama ada berdakwah kepada non-Muslim itu adakah wajib ataupun sebaliknya. Di antara alasan yang paling kerap diberi untuk menafikan tanggungjawab berdakwah kepada non-Muslim adalah seperti berikut:-

  1. Masih belum cukup ilmu untuk lakukan dakwah.
  2. Diri sendiri masih teruk, belum lengkap, belum faham seluruh kandungan Quran.
  3. Kita perlu perbetulkan umat Islam dahulu, kemudian barulah berdakwah kepada non-Muslim.
  4. Dakwah saya tidak akan berkesan.
  5. Bukankah Quran menyebut “Tiada paksaan di dalam agama”
  6. Bukankah Quran menyebut “Untukmu agamamu, untukku agamaku”
  7. Ada non-Muslim yang akan mengatakan “jaga urusan kamu sendiri”
  8. Hubungan persahabatan dengan kawan non-Muslim akan terputus disebabkan rasa sakit hati apabila didakwah.
  9. Ayat 104 surah Ali Imran mengatakan bahawa hanya sebahagian sahaja yang perlu berdakwah.

Secara keseluruhannya peserta akan diterangkan tentang Teknik Perbandingan Agama di dalam melakukan dakwah.

Sesi 2 – Sejarah Kristian

Peserta akan didedahkan mengenai sejarah kemunculan agama Kristian yang terbahagi kepada tiga zaman, iaitu:-

  1. Era sebelum Jesus as dilahirkan - Di dalam era ini, peserta akan diterangkan bermula dari zaman Abraham, diikuti Isaac, Jacob, Moses hinggalah ke zaman kelahiran Jesus. Penyelewengan Bani Israel akan ditumpukan.

  1. Era selepas Jesus as dilahirkan dan sebelum diangkat ke langit - Peserta akan didedahkan mengenai kedegilan dan tentangan Bani Israel di dalam menerima dakwah Jesus.

  1. Era selepas Jesus as diangkat ke langit - Peserta akan diperkenalkan dengan seseorang yang bernama “Paul” yang memulakan penyelewengan ajaran Jesus. Ia akan diikuti dengan zaman sesudah Hawariyun, termasuklah zaman pembukuan Bible pada abad ke 4 dan zaman-zaman selepasnya.

Sesi 3 – Asas Kepercayaan Kristian

Bagi memantapkan lagi teknik dalam melakukan dakwah kepada orang Kristian, doktrin-doktrin agama mereka perlu difahami. Kita perlu memahami asas-asas kepercayaan mereka dari sudut pemahaman mereka sendiri. Dan untuk membezakan antara hak dan batil pula, maka Quran dan Hadis menjadi rujukan. Terdapat lima asas kepercayaan orang-orang Kristian iaitu:-

  1. Dosa Warisan
  2. Jesus itu anak tuhan
  3. Jesus itu tuhan
  4. Pensaliban Jesus
  5. Triniti

Peserta juga akan didedahkan tentang ayat-ayat Tauhid yang terdapat di dalam Bible serta persamaan antara amalan nabi-nabi di dalam Bible dengan amalan Muslim hari ini.

Sesi 4 – Kepercayaan Orang Cina

Peserta akan didedahkan mengenai asas kepercayaan dan juga perayaan kaum Cina di Malaysia. Ini akan membantu kita memahami perbezaan antara budaya, adat dan kepercayaan di dalam agama mereka dan seterusnya dapat memberi idea kepada kita akan pendekatan terbaik di dalam melakukan dakwah kepada golongan ini. Selain daripada itu, peserta juga akan didedahkan mengenai perkara Do and Don’tsemasa berinteraksi dengan orang-orang Cina.

Sesi 5 – Hinduism

Dalam sesi ini, peserta akan melihat dan menilai corak serta cara pemikiran orang-orang Hindu mengenai konsep ketuhanan mereka. Di dalam pembentangan ini nanti, peserta akan didedahkan mengenai perkara yang tidak masuk akal mengenai konsep ketuhanan mereka; apakah pula panduan yang diberi Allah di dalam Quran dalam menangani perkara tidak masuk akal tersebut; bagaimanakah kita boleh membawa mereka supaya dapat melihat dan membandingkan konsep ketuhanan yang ada di dalam Islam melalui pendedahan kalimah-kalimah Tauhid yang masih terpelihara di dalam kitab suci Hindu; dan diikuti penerangan mengenai perkara Do and Don’t semasa berinteraksi dengan orang-orang Hindu.

Sesi 6 – Bengkel Bible

Muslim kerap kali menyangkakan bahawa Bible itu adalah Injil yang sudah diseleweng, tetapi benarkah begitu? Jika kita andaikan Injil tersebut tidak pernah diseleweng, maka adakah ini bermakna INJIL = BIBLE? Kebanyakan Muslim juga terlalu mudah untuk menyatakan bahawa Bible itu sudah diubah (Quran 2:79, 4:46), tetapi terlalu sedikit yang mampu membuktikan kenyataan tersebut. Oleh itu, di dalam sesi ini, para peserta akan diajar cara-cara membaca Bible dan seterusnya akan didedahkan tentang penyelewengan, contradiction dan cerita yang tidak sesuai untuk berada di dalam Kitab Suci yang terdapat di dalamnya seperti kisah lucah.

Begitu juga seperti yang telah diterangkan di dalam sesi Asas Kepercayaan Kristian, maka di dalam sesi kali ini, peserta akan melihat dan membaca sendiri ayat-ayat Tauhid dan persamaan antara amalan yang dicatatkan di dalam Bible dengan amalan Muslim hari ini. Ini juga boleh membantu Muslim melakukan dakwah kepada orang-orang Kristian.

Akhir sekali, kebolehan membaca Bible serta sedikit pengetahuan mengenai kandungannya adalahpenting apabila keadaan memerlukan, sebagai contoh, apabila kita berdepan dengan missionary atau individu-individu Kristian yang tidak mahu menggunakan Quran di dalam perbincangan antara kita dan mereka.

Sesi 7 – Imbasan Semula

Para peserta akan diminta mengulang semula SATU perkara (point) yang telah dipelajari semasa hari pertama dari sesi 1 hingga sesi 6.

Sesi 8 – Salah Faham Terhadap Islam

Semasa menyampaikan kebenaran Islam kepada non-Muslim (malah sesama Muslim), kita tidak akan terlepas daripada mendengar 1001 persoalan serta salah tanggapan terhadap Islam. Antara soalan-soalannya ialah:-

Isu umum
  1. Masuk Islam = Masuk Melayu
  2. Islam agama susah (perlu solat 5 kali sehari, puasa, banyak pantang larang, tidak boleh makan babi, minum arak dll)
  3. Islam agama mundur
  4. Tuhan Islam tidak adil – kenapa cipta kafir, kenapa takdir ke syurga/neraka
  5. Semua agama sama
  6. Doa tidak terjawab
  7. Kafir yang baik ke neraka tapi Muslim yang jahat ke syurga
  8. Sains dan agama tidak selari

Isu keganasan
  1. Islam agama ganas (9/11, suicide bombing)
  2. Islam disebar melalui mata pedang
  3. Negara Muslim suka berperang

Isu wanita
  1. Wanita tidak boleh jadi imam
  2. Saf solat wanita di belakang (ini kerap ditanya oleh pelancong asing yang datang ke masjid semasa Mosque Tour)
  3. Lelaki dapat 2 kali ganda harta warisan daripada wanita (4:11)
  4. Kesaksian seorang lelaki menyamai kesaksian dua orang wanita (2:282)
  5. Wanita tidak boleh jadi pemimpin
  6. Lelaki mempunyai satu darjat lebih tinggi daripada wanita (2:228)
  7. Suami boleh pukul isteri (4:34)
  8. Poligami
  9. Kenapa wanita tidak boleh kahwin 4 (poliandri)?
  10. Isu tudung

Isu bermusim
  1. Hudud
  2. Negara Islam
  3. Islam Hadhari
  4. Rogol isteri
  5. Tsunami
  6. Moral
  7. Artikel 11 (1A)
  8. Karikatur

Isu Nabi Muhammad saw
  1. Ramai isteri – 12 orang
  2. Nabi kahwin dengan budak 6 tahun - Pedophile
  3. Kahwin menantu sendiri
  4. Nabi boleh membaca

Soalan dari missionary Kristian
  1. Jesus lebih hebat dari Muhammad sebab nama Jesus disebut 25 kali dalam Quran tapi nama Muhammad disebut 5 kali sahaja (3:144, 33:40, 47:2, 48:29, 61:6)
  2. Muhammad sudah meninggal tapi Jesus masih hidup
  3. Jesus tidak berbapakan manusia, maka Father lah bapanya
  4. Nabi akhir ialah Jesus sebab Jesus akan turun sebelum kiamat
  5. Quran tiru Bible
  6. Quran hasil kerja syaitan
  7. Allah guna perkataan “Kami” dan ini bermakna trinity itu adalah benar

Soalan dari orang-orang Hindu
  1. Muslim sembah Kaabah
  2. Tuhan Linggam di dalam Kaabah
  3. Semua manusia sepatutnya Vegetarian
  4. Sembelihan haiwan cara Islam adalah kejam
  5. Berhala (Idol) bukan disembah tetapi ia hanya untuk tujuan penumpuan (concentration) kepada tuhan

Quran ada contradictions
  1. Satu hari di sisi Allah adakah bersamaan seribu tahun manusia (22:47, 32:5) atau limapuluh ribu tahun manusia (70:4)?
  2. Allah cipta langit dan bumi dalam enam hari (7:54, 10:3, 11:7, 25:59, 32:4, 50:38, 57:4) atau lapan hari (41:9-12)?
  3. Manusia dicipta daripada air (25:54), sperma (76:2) atau tanah (6:2)?

Sesi 9 – Memahami Mualaf

Pada peringkat awal, peserta akan diterangkan maksud mualaf dan mukalaf. Kemudian peserta akan didedahkan mengenai cabaran-cabaran yang dialami mualaf sebelum, semasa dan selepas mereka memeluk Islam. Pengetahuan ini amat penting supaya kita mampu membezakan antara perkara yang perlu didahulukan serta perkara yang boleh dikemudiankan di dalam membantu mualaf menguatkan aqidah Islam. Di antara cabaran tadi ialah:-

Sebelum memeluk Islam
  1. Contoh buruk oleh Muslim
  2. Tiada bantuan/galakan daripada Muslim, malah ditakut-takutkan
  3. Tidak ada yang mahu menyampaikan Islam
  4. Tidak tahu siapa yang hendak dirujuk, dll

Semasa memeluk Islam
  1. Masalah semasa hendak bershahadah
  2. Dituduh masuk Islam kerana hendak berkahwin
  3. Terlalu terikat dengan prosedur, dll

Selepas memeluk Islam
  1. Mualaf diMelayukan
  2. Perlu dirahsiakan atau perlu dihebahkan?
  3. Tentangan keluarga – apakah peranan kita?
  4. Sahabat sekeliling tidak tahu keutamaan (priority) perkara yang perlu diajar, dll

Sesi 10 – Pengalaman Bersama Paderi & Gereja

Penceramah akan berkongsi pengalaman selama belasan tahun berdepan dengan missionary, paderi dan pihak gereja. Peserta akan didedahkan bahawa hujah-hujah mereka sebenarnya adalah amat rapuh. Oleh itu, ini akan memotivasikan peserta supaya berani memulakan langkah awal berdakwah kepada orang-orang awam dahulu sebelum berdepan dengan kelompok yang lebih mencabar.

Sesi 11 – Quran & Sains

Apabila kita berdepan dengan golongan yang tidak percaya kepada kewujudan tuhan dan agama (Free Thinker), maka kita perlu menggunakan kitab golongan ini, iaitu sains dan logik. Oleh itu, di dalam sesi ini, peserta akan didedahkan dengan banyak ayat Quran yang selari dan menepati sains moden. Banyak fakta sains yang hanya ditemui pada zaman moden ini sebenarnya telahpun diceritakan di dalam Quran. Malah terdapat penemuan sains yang dengan jelas membuktikan bahawa Allah itu wujud.

Sesi 12 – Soal Jawab

Semua peserta diberikan peluang untuk bertanya apa sahaja soalan tanpa tapisan. Walau bagaimanapun, peserta adalah tidak digalakkan bertanya soalan yang lebih kepada bentuk masalah fekah semata-mata.

Sesi 13 – Program Susulan

Sepanjang dua hari program, peserta telah diberikan pelbagai maklumat serta input mengenai corak berfikir non Muslim, pendekatan berdakwah kepada mereka, persediaan untuk menjawab soalan-soalan mereka, penggunaan Bible dalam berdakwah (hanya sekiranya keadaan memerlukan), memahami serta mengetahui cara menangani mualaf dan akhirnya diberi peluang untuk bersoaljawab dengan para pelatih. Maka pada sesi akhir ini, peserta akan diterangkan mengenai program susulan ataupun follow up yang berbentuk praktikal termasuk melalui Yahoo Group FCR Alumni.


1 comments:

MaWaisZ February 2, 2010 at 2:18 AM  

muadz! tulih isu semasa, dan kaitkan dgn quran & hadith. Musti smart punya ah gua kate lu
wakakaka
selamat

Post a Comment