Awal Muharram detik permulaan...^___^

Assalamualaikum semua..

mcm mana hari ni? kata hm tuah, bangun je pepagi,
katakn pd diri kita sendiri bhw
aku bagus! aku hebaT! aku pembina sejarah!
jadi, mulakanlah tahun baru hijrah kita dengan penghijrahan
dari pemikiran yg jumud kepada pemikiran yg lebih kritis dan kreatif
berlandaskan syara'...
bak kata hm tuah lagi, mana ada org yg mencipta teknologi hebat dunia, ataupun sistem penerbangan tercanggih di dunia dan mengatakan diri mereka x bagus? x hebat?
logically, pastilah mereka, mengatakan diri mereka hebat, dan seterusnya meyakini
dan akhirnya terhasillah suatu kehebatan dari pemikiran mereka yang hebat?
hebat bukan kuasa pemikiran kita?
itulah antara kuasa yang ingin dimusnahkan, dikacaubilaukan oleh musuh2 islam.
mereka x mahu kita menggunakan kuasa pemikiran atau kuasa mental kita
kerana mereka tahu org2 islam yg benar2 beragama islam adalah jauh lebih hebat dari mereka. ini yg mereka takutkan.
cara mereka? mereka hasilkan produk2 yang boleh merosakkan sistem dalaman tubuh badan kita dengan produk2 picisan; snek, pewarna, jajan, majalah porno,.
dan mereka mengiklankan di setiap sudut dan mengambil setiap peluang
demi menunjukkan betapa lazatnya syurga mereka! syurga dunia!
betapa rugi andai kita tidak merasainya di dunia..
mereka meracuni fikiran kanak2 yang tidak mampu menilai dan menimbangi yg baik dan buruk dengan mengumpan mereka dgn cartoon2, crite2 yg lgsung tiada input ilmiah, pendidikan mahupun adab. hanya sekadar crite untuk mengambil dan melengahkan masa kita!
tujuan mereka? hanya ingin melihat umat islam musnah! binasa!! dan terhapus!!!
Solusi? kita tambahkan lagi kebencian kepada mereka dengan menghidupkan kembali cara hidup islam.. they hate us because we're muslim. then, we must make them hate us more by living in islam with islam.. Slamat berhijrah!
Salam muhibbah. Salam bahgia. dan Salam maal hijrah
bersama mengutip kembali kegemilangan kita!

Ke-2: Kepentingan Bahasa Arab

Point Pertama:
aku nak sentuh tentang erti kita bertutur bahasa arab?dan mengapa?Sekarang
budaya arab terutamanya di mesir sekarang ni, mereka bertutur bahasa ammi
mereka,iaitu bahasa pasar yang mereka bangga2kan. Payah nak jumpa orang
mesir yang bertutur bahasa arab fusha,iaitu bahasa baku mereka, kecuali
orang2 luar:
rusia cina thailand indonesia eropah u.s. (orang2 inggeris) dan komuniti
asia yang TERramai di kahera/mesir: MALAYSIA!!

Mereka orang arab yang bertutur fusha dianggap kolot,kurang2 pun,orang akan
gelakkan dia.
Dan semakin hari semakin merosot bahasa mereka. Dan harapan untuk
membetulkannya sangat tipis.

Macam ni lah, aku bawa contoh yang lebih dekat.
-Kenapa FOREIGN(Melayu Cina India),pabila mereka bertutur MALAYINGLISH,
INDIA-INGLISH, CININGLISH, kita kata mereka tidak mengerti BAHASA INGGERIS
yang sebenar?
-Kita lebih selesa menggunakan,BAHASA SANTAI(Bahasa anak muda2 kita)
-Kita mengatakan "Ko nih skema gile pakai bahasa standard melayu!"
-Kenapa kita ANGGAP orang melayu yang FASIH berbahasa inggeris LEBIH MAJU
drpd orang melayu yang fasih berbahasa melayu?

Contoh kata kita berkerja dgn syarikat luar,dan meninggalkan syarikat
tempatan,dengan mengatakan "tempatan punya KOLOT! TAKDE STANDARD!". Hakikat
sebenar, kita orang tempatan.
Seolah2 kita menCABUL Bahasa Ibunda kita sendiri, tanpa disedari.
Kita nak namakan orang yang macam ni, apa? Pembelot, Pengkhianat, Derhaka.

Tanya diri ini: Mengapa perlu aku membangga2 atau mengguasai dengan bahasa,
yang tiada kaitan langsung dengan bangsaku, BAHKAN, TIADA KAITAN LANGSUNG
DENGAN AGAMAKU!!!
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Sambungan Ke-3 Insyaallah: Kenapa Menguasai Bahasa Asing?

Bowling For All

this is a msg from sis musfirah..

salam kawan2! Hari sabtu nih(12Disember) dijemput datang beramai2 ke alamanda pd pukul 10 pg (mula berkumpul) utk bowling. Baik? =)
Don't worry kpd yg minggu ni x dapat, insyaAllah minggu depankte berkumpul jugak okay?
sila sebarkan msg in~

ada pape hal, contact musfirah.

ps: wais, aku cabar ko turun skali lg. wakakaka.

eidul adha

assalamualaikum warahmatullah..

a picture is worth a thousand words
4 = ??

post kali ni sesaje je
nk eksyen raye kat luar negara..huhu
taderla
harap x terlambat nk ucapkn selamat hari raya aidil adha kat korg sumer..
jumpa lg next year iAllah



and last but not least



.

.

.

.

.

.




cube teka ni sape..
hehe
ps (kpd yg didlm gamba)-jgn risau.. aku tak lpekn korg
pps (kpd org yg same) -tetibe aku rase korg cam makin hensem..kih3


wassalam..

APA ERTI AKU MENGANUT AGAMA ISLAM?

Assalamualaikum,
Apa khabar kawan2,baru2 ni aku ada batuk2,aku ajak kawan seorang ni pergi ke farmasi yang berdekatan, aku tanya pharmacist:
U:ubat batuk ada?
P:ada,yang mcm mana?kering atau basah?cuba batuk.......

dia dapat detect yang aku batuk kering,jenis ubat dia bagi syrup, harga LE4.50, aku minta kat member aku "Bai,mana 5 hinggit aku bagi kat ko", dia pun hulur sekeping note 5 genih kat pharmacist 2, n dia bagi baki balek.
Standard situasi selepas tu(di mesir), manusia akan cakap sama ada kata2 berikut:
-Syukran(Terima Kasih)
-Jazakallahu Khaira (Semoga allah memberi sebaik2 ganjaran kpdmu)
-Asalaamu Alaikum, Warahmatullah (Salam yang panjang atau pendek)

Aku pun cakap kat dia, terima kasih, member aku bagi salam,dengan slang arab ammi (bahasa pasar arab) "sama leko", pharmacist pun dgn lajunya menegor:

Assalaamualaikum, walaisa: sam aleiko (Assalamualaikum, bukan sam alieko)

Minta maaf awal2, sebenarnya aku nak highlight part bagi salam ni je,bukan kisah yang sebelumnya.
Aku terfikir, ape erti sebenarnya aku bertutur bahasa arab/erti aku belajar agama/dan baru aku sedar yang paling jelasnya APA ERTI SEBANAR AKU MENGANUT AGAMA ISLAM?????
------------------------------------------------------------------------------------
Bersambung..........
Habis Bahagian Pertama,
Sambungan Ke-2 Insyaallah: Kepentingan Bahasa Arab

PENTING!!!: Masa Kini,Realiti Kini!

Salaam Alaikum.
di sebabkan lama aku tak post, skali skala aku nak share,musti kena GEMPAK tol ak??
so aku nak share ngan korang mende penting gile, nasehat aku: WAJIB keatas org2 islam tgk! VIDEO yg aku nak tunjuk nih sebenarnya bukan sekadar menginsafi dll, tapi info REALITI sebenar yg perlu diketahui! bukan hanya untuk org2 islam shj, tapi untuk kesemua umat ma'nusia.

Jadi kawan2, aku harap korang suma bleh luangkan masa sedikit untuk tgk vid nih.

*Kita belajar bahasa asing(inggeris),bukan untuk ditunjuk&belagak untuk org ramai,akan tetapi kita gunakannya untuk menguasai DUNIA! atau dgn kata lain,kita menguasai balek penjajah yang menjajahi negara kita!lagi2 mereka yang telah menjajahi & yang mahu memusnahkan islam dan umat islam!
Dan kita sebagai umat islam, kita semestinya(boleh dikatakan wajib!) untuk menguasai bahasa arab,lebih drpd bahasa ibunda kita!*

semoga apa yang kita tgk ni,dapat kita sebarkan kepada semua yang belum ketahui

Awal2 lagi aku nak kata,Aku mahu memperingati diriku sendiri, dan aku mahu memperingati org2 yang aku sayangi.

Apa yang baik itu dtg drpd allah, dan yang tak elok itu dtg drpd diri ini sendiri.

Reference:
-http://wakeupproject.com/VList.asp?Series=1 <------------ FULL SERIES HERE!!!
-http://thearrivals.blogspot.com/
-http://www.youtube.com/watch?v=Uk2yWi6j9nE

Kalau rajin, baca nih skali:
-http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/
-http://sejarahrealitinagarakedah.blogspot.com/

FUTSAL FOR BROTHERS

yep.FUTSAL!
Brothers only okeh.
Date: 27Nov09 [esok]
Masa: 11-12mlm
Tempat: Aktif Futsal sg ramal dlm
Bayaran: around rm6 [bergantung bilangan yg datang]
Pertanyaan: contact enol 0194515054

datang ramai2..jgn lupa daftar nama kat enol.

sisters x digalakkan datang.hehe.
dgr cerita sorg suri rumah yg bercuti panjang tu nk organize riadhah ntk sisters..g la desak dia.ahaha.

ps: Wais! aku cbr ko turun main skali ngn ktorg kalau tere sgt! wakakaka.

PERKHABARAN DARI UST SAIPUL

I would like to appologize for this post..there had been some mistakes..the father in this post is not Ust Zaiful Nizam or Saiful Azlan..hehe.Its a mixture of both.haha.my mistake..appologies..
its another acquintance of mine..sorry guys..

I got this message on the eve of 15th November a few days ago from Ust Saipul Nizam

Syukur AlhamduliLLah
sy Mohd Saipul Nizam&isteri Suraya Ramli
tlh selamat dianugerahkan cahaya mata
Lelaki 3.45kg
pd Sabtu jam 11.45mlm
14 Nov 09/26Zulka'dah 1430H.


Mari sama2 ucapkan tahniah dan doakan kesejahteraan Ust Saipul sekeluarga.Moga2 dikurniakan anak2 yg Soleh dan Solehah lebih ramai lagi..BarakaLLahu fiikum..

ps: sorry lambat inform..sibuk..hehe.sape nk num Ust boleh mntak melalui sms..

... nape awak kawan ngan kite?

"nape awak kawan ngan kite," tanya penulis kepada salah seorang sahabatnya..


"kerana Allah," jawab kawan penulis dengan muka pelik seolah-olah penulis bertanya '1 + 1 = ?'
(bg yg krg sdkt kesusasteraannya, translation = soklan tu obvious gle kot jwpn die)

hoho..penulis memang da agak itu jawapan itu yang akan keluar dari mulut kawan beliau
cuma berharap die dapat penerangan yg lbh jelas..

cam tau2 je, maka kwn penulis pon explainlah dgn pjg lebar..
menurut kwn penulis, kita orang Islam kan semua bersaudara.
jadi, nape x nk kwn pulak??
Allah tdk menjadikan sesuatu dgn sia2 (dalil blh rujuk us. uwais..haha)
kenapa kite x nk beriman dengan ayat Allah yg tuh..
macam mana pon kite x brape ske org tuh, huduh ke, busuk ke, miskin ke..
tp die still ade kelebihan die yg tersndr.. mesti ade sumthin yg die boleh sumbang kepada Islam.
semua org Islam adlh aset kepada agama kita
kita tau A
awak tau B
die tau C
mereka tau D
A + B + C + D +.... = ummat Islam yg gah

kite dibelai pon, kite kawan dengan dia
kite dihina pon kite kawan jugak dengan dia..
camtulah..
mungkin time hidup die tolak2 kite, tp nnt ble kite da mati ke..
baru die terasa kehilangan (eceh..)
baru terasa kepentingan berukhuwah
tu da satu kte nyumbang
bkn kwn sbb die baik, die bijak atau die lawa (ni aku mmg musykil..x msk akal langsung)
tp kite kwn krn Allah, untuk membina ukhuwah Islamiah..

ade la lg pjg lebarnye, tp penulis ni byk dosa kot..
da lpe. ni je yg penulis ingat..

ni tambahan drpd kwn penulis yg lain :
berukhuwah kerana Allah tidak akan kecewa, kerana motif kite time tu utk mendekatkan diri kpd Allah.
bkn nk popularity among friends or whatever..
lbh krg cenggitu la

cakap2 bab kawan2 ni, ukhuwah ke.. teringat kat sahabat2 ABIM..
so, sesajela nk kongsi..huhu
penerangan yg lbh lanjut blh kot rujuk org lain yg lbh thiqqah, lbh alim.
penulis blh ckp sket2 je..krg ilmu. kalau ade yg nk tambah2, silakan..
yg nk betul-betulkan memane yg terslh fakta pon, dialu-alukan

sekian~

assalamualaikum warahmatullah..

fenomena asing

assalamualaikum warahmatullah..

hehe.. sorila psl shoutbox tu..
tp asal aku bkk je, x de mende baru nk bace..
so, as one of the contributers for this blog, aku pon menjalanknlah tanggungjawabku..hohoho
x byk pon sikit, jdlah.. (td tu saje nk panaskn badan..huhu)

so, antara fenomena asing yg berlaku di mesir adalah :

fenomena asing 1 :
dok kat msia lelame, tp aku tak termakan budu ngan tempoyak.
nampak pon x, apalagi nk mkn.. tp dok cni x smpi sebulan, dua2 aku da libas..
lagi2 budu. first time lak tuh rase. kui3 (semakin merindui budu yg da depleted)
pengajaran : Allah mendtgkn rezekinya dari arah yg x disangka-sangka. hujan budu pon blh kalau Dia nak.. (obses ngan budu.. lalalala~)
so x yah la risau. rezeki bkn setakat mknn.. exam fail, terlepas bas, menu fav da sold out (mknn la tuh, cik kak) = x de rezeki..
Allah adlh sebaik-baik Penjaga dan sebaik-baik Pemberi Rezeki. cuma kite je yg jahil nk melihat hukmah di sebalik sesuatu kejadian..

fenomena asing 2 :
asal mesir tetiba byk sgt hujan? (x puas hati lagi..)
hypothesis : nak kat kiamat kot
pengajaran : banyak2 bartaubat nasuha. kalo yg ABC, x semestinya tinggalkan sumer terus. zikir ngan istighfar still dibolehkn.. bukan setakat dibolehkn, dialu-alukan lg tuh..(sori ek..kite open minded sket.kalo x, x berkembang~~)

penomena asing 3 :
asal org ske tido lepas subuh?
pengajaran : ape faedah tidur lps subuh.. dlm byk2 org, penulis tlh dipilih oleh Allah utk berjaga dan membuat perkara2 berfaedah seperti berzikir, mengisi blog dan lain2 (hihi..penulis adlh seorg yg perasan.side effect seperti muntah saya x bertanggungjwb..)
sebenarnye, mendalah ni x delah asing sgt..
tp nk kat akhir zmn ni, mende yg sepatutnya, jd asing da jd normal..
jd, beruntunglah org2 yng 'asing' (^_^)


sekian, mekasih~~

TEKA-TEKI TEKA-TEKUK, SAPE SALAH KENA KETUK

Haa..dah lama korang tunggu post baru kan..nah..ni gambar sepanjang puasa dan raya..korang kena teka sape kawan2 korang sume ni..sape yg join raya x bole teka.ni khas utk orang2 macam enol,khalilah,aiman hajam,faiz ibrahim,anis samihah dan lain2 yg MALAS nak join.hahah.gambar2 raya di rumah cikgu2 akan menyusul kemudian.insyaAllah..

sape teka,post tekaan anda di bahagian komen.sape teka dgn betul,xde dpt pape habuan pun tapi sape slh teka dia kena ketuk.berani xnak igt kwn2 ek..jgn lupa sertakan nama dan email utk dimasukkan dlm yahoogroup mailing list.

PERINGATAN: ni bkn alasan or trick penulis sbb x kenal sume dalam gambar2 di bwh.hehe.moga2 kasih syg n ukhuwwah korang makin mantap.hah!ape lg,teka laa!

p/s: sebenarnya kalau korang pandai korang akan sedar aku dah wat 1 grave mistake yg bolehkan korg check sape nama dorg.haha.teka lagi!teka!


GATHERING & ZIARAH AIDILFITRI

mula2nya nk mintak maaf dgn Sakinah.I have to edit this post..sry..

ZIARAH GIKGU2 SEMPENA AIDILFITRI
tarikh: 3&4 Oktober 2009 / 14&15 Syawal 1430
masa: 9 pagi
berkumpul : di sekolah ABIM sg. ramal

pendataran: daftar selewat2nya RABU 30 Septamber 2009
sila hubungi mereka2 yg berikut
Brothers - Muzammil Maulud 0173500596
Sisters - Musfirah 0122620459
siapa yg dapat hadirkan diri sehari sahaja pun dialu-alukan utk turut serta.tp tlg maklumkan pada urusetia.

untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi mereka yg di atas atau mereka2 yg di bawah di talian tertera pada skrin
Muadz Masruh 0389264134
Uwais 0133717601
Suhaila Hamran 0133579352

pakat2 mari. selain berkumpul dan ziarah guru2 dapat erat silaturrahim sesama kita.ajak semua kawan2 dan kenalan ex-ABIM 97-05.
sape nk support kereta boleh maklumkan pada muzammil.atau bole pakat2 keluarkan duit utk support minyak..

"Tidaklah ada dua orang muslim yang bertemu kemudian bersalam, kecuali Allah mengampuni dosa keduanya hingga mereka berpisah"(Riwayat AbuDaud&Tirmidzi)

Sejarah Benar: kaitan Negeri Kedah dengan Pattani


Salaaam, Seperti mana yang aku cakap dekat post sebelum ni, apa yang kita tau pasal pattani/fatoni(yang kononnya kita dok panggil orang siam/orang thailand tuh,ngaku je lah, aku pown same....huhu), jadi nih la cita disebalik meriam.

Asal artikel nih, dipetik oleh hamba yang memetik di tempat lain(kira, samapai kat aku dah 3rd hand), dari blog tempatan jugak walaupun tak lah hasil karya aku, tapi disebabkan artikelnya yang menarik, jadi aku nk kongsi siket maklumat dengan korang suma....

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-

"SEJARAH REALITI KEDAH oleh : Mazlan Abdul Majid, Pensyarah Kanan, UiTM Kedah mazz62@yahoo.comThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it Saya merujuk kepada Tulisan Tuan Nai Long Kassim Nai Long Ahmad bertajuk “Kewujudan Kedah bukan pada 1136 Masihi” yang disiarkan oleh akhbar ini (Utusan Malaysia) pada 13 Februari 2007 adalah dirujuk.

Tulisan tuan ada banyak kebenarannya dan saya berpendapat masih ada lagi maklumat yang tersimpan dan tidak ingin didedahkan walaupun Malaysia akan menyambut 50 tahun kemerdekaannya pada 31 Ogos 2007. Sebagai penyelidik dari universiti tempatan maklumat-maklumat yang saya selidiki menuju kearah apa yang diperkatakan oleh Tuan Nai Long Kassim ini ada kebenarannya..

Seterusnya, saya tertarik dengan nama Raja Maha Besar Benua Siam Dinasti Ayuthia yang bergelar Boromoraja Ekataat V. Nama sebenar Baginda ialah Khalifah Sharif Abu Bakar Syah dan baginda beragama Islam. Sebelum ini kta semua menyangkakan Empayar Ayuthia (1350 - 1767) yang tinggi peradabannya di Thailand itu sebagai Empayar yang beragama Buddha.

Tanggapan ini adalah salah sama sekali. Thailand, asalnya adalah dari bangsa Sukhothai (suku thai@puak Thai) yang berasal dari Lannathai. Mereka memang sudah berkali-kali cuba menyerang Ayuthia dan akhirnya berjaya menakluki Ayuthia pada tahun 1767,di ketuai oleh ketuanya bernama Alaungpaya.

Akan tetapi siapa sebenarnya yang memerintah Ayuthia sebelum ia ditawan? Pemerintah Ayuthia menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah, melaksanakan hukum-hukum Islam dan pentadbiran dibahagikan kepada 2 kementerian, untuk Islam dan bukan Islam. Mereka menjalin hubungan dengan Perancis dan sempena lawatan itu dinamakan sebatang jalan di Perancis sebagai Jalan Ayuthia. Mereka ini adalah dari keturunan Siam bukan Thai.


Dalam erti lain Siam itu beragama Islam, Thai itu beragama Buddha. Sekiranya bahasa jiwa bangsa, sudah pasti, bahasa Thai untuk bangsa Thai dan bahasa Siam untuk bangsa Siam. Kita lihat pula di Malaysia hari ini terdapat orang Melayu yang bertutur dalam Bahasa Siam di Kedah, Kelantan dan Perlis dan mereka beragama Islam. Bahasa Siam ini jika ditutur di Thailand, langsung tidak difahami lagi oleh rakyat Thailand hari ini.

Orang-orang Melayu inilah berbangsa Siam, ia itu asal usul keturunan bangsa Melayu yang menjadi rakyat Nagara Benua Siam Dinasti Ayuthia dahulu dan Empayar ini meliputi seluruh Nusantara, Champa, termasuk sebahagian India. Arus kemodenan tidak menyentuh mereka sama sekali dan mereka kekal dalam budaya bahasa Siam seperti adanya, 300 tahun dahulu.

Dalam manuskrip Undang-Undang Kedah, yang mula diitulis pada tahun 220 Hijrah (799 masihi) adat Siam ini telah pun lama diguna pakai oleh raja-raja Melayu zaman dahulu. Manuskrip ini dirampas oleh Inggeris di Istana Kota Beruas dahulu dan baru dipulangkan kepada kita sekitar tahun 2003/04. Diantaranya penggunaan sirih pinang sewaktu meminang, bekas meminang, cincin emas sebentuk, kain.Sebagai contoh, didalam buku Undang-undang Kedah, mengenai pakaian dalam Adat Raja Johor, “Maka adat ini turut adat raja-raja Kedah ini, yang kerajaan itu kuning juga”. (ms 34) “Demikianlah zaman raja-raja dahulu-dahulu itu.

Pada adat raja-raja dibenua Siam gelar demikian itu bahasa Siam Cau Phaya Kersan”. (ms 36) Tidak teragak jika saya katakan bahawa asal keturunan bangsa Melayu ialah Siam kerana raja-raja Melayu yang menjadi tunggak adat istiadat bangsa Melayu telah pun menggunakan adat tersebut. Seterusnya, dimuka surat yang sama, perihal pemerintah Johor, “Maka pada Bahasa Melayu Bendahara itu panglima negeri.Pada segala negeri yang kecil-kecil bendahara itu dikatanya lambat pada adat Siam”.

Sebelum naik kerajaan pada tahun 1350,pemerintah Ayuthia ini berasal dari Kesultanan Kedah, dimana keturunan mereka tiba dari Cina dan membuka Kota di Kuala Muda. Ketua rombongan dari Cina dan pengikutnya diketuai oleh Putera Waran Wong Ser (Mahawangsa), cucu kepada Maharaja Cina bernama Sai Tee Sung dari Dinasti Tang. (rujuk kepada Hikayat Merong Mahawangsa) Maharaja Sai Tee Sung telah diislamkan oleh utusan Baginda Rasullullah SAW bernama Saad bin Waqqas.Baginda pula telah memberi surat watikah kepada cucunya untuk menyebarkan Islam di Nusantara.

Apabila naik Kerajaan, Baginda Wa Ren Wong Ser (bermaksud Naga Laut Puak Tentera) memakai gelaran Sultan Madzafar Syah I (222H, 812 M) dan berkahwin dengan Sharifah Mariam ibni Syed Jamal Al Jefri dari keturunan Bani Hashim. Sharifah Maryam berketurunan Arab dan baginda juga di panggil Tok Soh. Makam Tok Soh masa ada lagi di Pin Nang Tung Gal (bermaksud, jadi permaisuri tunggak Negara) dengan ukiran kalimah Shahadah pada nisan nya di Kampung Tok Soh, Pinang Tunggal, Kulim,Kedah.

Mereka mendirikan kota dengan penduduk tempatan di Kuala Muda (Muadat bermaksud belerang), Kedah dan menjalankan pelabagai perniagaan pembuatan senjata yang menggunakan belerang.Contoh dua meriam yang dijumpai didalam sungai dan telah dihasilkan oleh orang Melayu Saimen boleh dilihat di Muzium Negeri Kedah. Generasi kedua Kesultanan Negara Kedah ialah Po Disut @ Sayyidina Jamalull Alam Badrul Munir bergelar Sultan Madzafar Syah II dan generasi ketiga ialah Sayyidina Ali Wa Maulana Sayyidina Jamalull Alam Badrul Munir @ Sultan Alirah Shah Perlak (bersemayam di Istana Bukit Cho Ras), keempat ialah Sultan Hussin Syah dan kelima Sultan Sheikh Abdul Kadir Shah @ Tuan Sheikh Keramat. Makam baginda terletak di Lang Gar (bermaksud putus dunia) bertarikh 291H (903 M).

Kesemua mereka adalah pemerintah Nagara Kedah Pasai Ma (nama Negara Kedah dahulu). Yang saya kira menarik sekali ialah pemerintah ke 11 Negara Kedah iaitu Sultan Madzafar Syah III yang juga bergelar Rama Tibodi I (@ Sheikh Ahmad Qomi). Baginda menjadi Maharaja pertama Benua Islam Siam Ayuthia Kedah Pasai Ma. Semasa upacara mengangkat sumpah, Melaka tersurat dan disebut baginda sebagai salah satu tanah jajahan Ayuthia. Pada masa itu Melaka termasuklah Johor dan Kepulauan Riau.

Pada masa itu juga pemerintah Kedah baru saja mengalahkan Kerajaan Tenangsari (Burma) yang menyerang Kedah sekaligus menguasainya. Pemerintah Kedua Ayuthia ialah Naresuan yang berkahwin dengan Ratu Iman, Acheh. Pada Makam Baginda, tertulis dlm Bahasa Kawi, Gusta Barubasa empu Kedah Pasai Ma bermaksud, Keluarga yang memeluk Islam menguasai Kedah Pasai Ma.Kerajaan ini lah yang mana Pattani, Ligor, Singgora, Kesultanan Melaka dan Acheh turut berada dibawah kawalannya.Sebab itu lah bila mencari kesan Sejarah Kesultanan Melaka sukar mendapat buktinya kerana nama mereka juga tersenarai dalam senarai Raja-raja Ayuthia dalam bahasa Siam !.

Tahukah pembaca semua siapakah yang menjadi Raja Benua Siam Islam Nagara Kedah Pasai Ma yang terakhir. Tak lain dan tak bukan iaitu Sultan Jaafar Muadzam Syah atau lebih dikenali sebagai Long Jaafar. Sebelum itu Ayahanda baginda, Syed Alang Alauddin yang juga bergelar Panglima Bukit Gantang menjadi Sultan Benua Siam Islam, Nagara Kedah Pasai Ma. Baginda melantik puteranya Long Jaafar menjadi menteri di Larut Perak untuk menguruskan lombong bijih kerajaan Nagara Kedah disana.

Apabila ayahanda baginda mangkat dalam tahun 1862, baginda ditabal di Berahman Indra (sekarang Balai Besar) Alor Setar bergelar Sultan Jaafar Madzam Syah. Dalam rangka lawatan ke Merbok, baginda ditangkap oleh Thai dan Inggeris dalam tahun 1876, disiksa di Yan, sebelum dipijak dengan gajah hingga mati di belakang Balai Polis Gurun dalam tahun 1876.Peristiwa ini benar berlaku dan saya cabar sesiapa pun termasuk pengkaji sejarah tempatan untuk mengkaji maklumat ini. Dalam penyelidikkan saya, dengan terbunuhnya Long Jaafar orang-orang Melayu hilang segala-galanya meliputi sastera, senibina, manuskrip-manuskrip,syair, industri pembuatan belerang, sajak, puisi dll. Penjajah Inggeris telah menipu kita dimana mereka berpakat dengan Thai lalu menyerahkan peradaban itu kepada Thai.

Mereka memutarbelitkan fakta sejarah sehingga kita menyangkakan Thai dan Siam itu sama saja. Inggeris memberi peradaban Ayuthia milik kita itu kepada Thai agar mereka dapat, menjatuhkan Islam, menjajah Semenanjong dan mengutip hasil bumi seperti bijih timah,emas,rempah ratus dll. Ditinggalnya kita pada hari ini tanpa warisan sejarah bangsa dan agama untuk memulakan kerajaan Malaysia ketika merdeka. Sejarah yang ditinggalkan adalah versi mereka, bukan versi kita. Kita terpaksa bermula dari bawah untuk memertabatkan bangsa. Kita berjaya melakukannya dalam masa 50 tahun saja.

Bayangkanlah sekiranya kita bangsa Melayu keturunan Siam ini memerintah Ayuthia dulu selama 417 Tahun, betapa hebatnya peradaban itu! Pasti ia di cemburui dan dingini/diidamkan oleh bangsa lain. Sebelum ini raja-raja kita membayar ufti kepada Siam Islam, ibarat cukai Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan tetapi bila Thai mengambil alih Ayuthia, seolah-olah memberi ufti kepada Kerajaan asing yang berlainan agama. Bila raja-raja daerah kita enggan membayar, walau ada yang cuba berbaik-baik, Thai tetap menyerang orang-orang Melayu, mengugut, membunuh dan menyiksa dengan kejam.

Akhirnya ramai kerabat dan rakyat di Negara Kedah dan Pattani menjadi ‘Korban Musuh Bisik’ dalam tahun 1821. Setelah usaha ini selesai mereka mengubah sistem pendidikkan mereka, rakyat siam hanya boleh belajar bahasa Thai sahaja,dll, sehingga apabila selesai dinamakan negara mereka,Thailand. Semua ini berlaku kerana Raja Chakri Sukhothai benci bangsa Siam ini ujud lebih dahulu daripada Thai lalu dibakarnya manuskrip Al Quran, Hikayat Merong Mahawangsa, Sejarah Melayu dll sewaktu berjaya menawan Ayuthia dalam tahun 1767.

Sewaktu Thai (bukan Siam) menjajah Kedah selama 5 tahun (1876-1881) dengan pertolongan Inggeris mereka membakar istana-istana lama (17,mungkin lebih) milik Raja Benua Siam Islam, Nagara Kedah Pasai Ma termasuk di Bukit Cho Ras (istana Sayyidina Ali, Sultan Alirah Shah, Perlak), diserang dan dibunuh orang-orang Siam Islam Pattani, Kedah, Majapahit dan tentera Cina Manchu (Islam).

Seorang saksi yang tinggal berdekatan, berusia sekitar 90 tahun menceritakan bagaimana Inggeris sekitar awal 1910 datang semula memecahkan lagi 3 bilik dibawah tanah ditapak istana Bukit Choras yang telah dibakar oleh Thai 35 tahun terdahulu.Di setengah-setengah lokasi seperti candi ditanamnya patung-patung tertentu untuk menyesatkan penyelidik kita pada hari ini.

Syukurlah orang Melayu masih tetap berpegang kepada Islam. Sekarang saya harap saudara/i mula faham kenapa berlaku kekecohan di Pattani. Saya difahamkan juga bahawa Inggeris ingin menyerahkan Pattani, Satun,Yala, Ligor dan Songkhala untuk merdeka bersama kita dalam tahun 1957 dahulu tetapi ditolak oleh TAR kerana datuknya Raja Chulalongkorn tidak mengizinkannya (TAR cucu raja Siam itu).

Inggeris tahu bahawa daerah ini jajahan Nagara Kedah, berdasarkan manuskrip Undang-Undang Kedah yang tercatat di m.s.15. Oleh itu, sempena menyambut Hari Kemerdekaan ke 50 tahun, marilah kita sama-sama mencari kembali permata yang telah hilang itu. Mazlan Abdul Majid Pensyarah Kanan UiTM Kedah

**************************

Utusan Malaysia 13 Feb 2007
Kewujudan Kedah bukan pada 1136 Masihi?

KENYATAAN Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Wong Kam Hong baru-baru ini yang menyarankan agar mengkaji semula sejarah kedatangan Islam di Nusantara, adalah dirujuk. Saya selaku waris mutlak kesultanan Sultan Jaafar Muadzam Shah, pemerintah benua Siam Islam membantu untuk menjelaskan kedudukan sebenar atau realiti sejarah.

Kewujudan Kedah memang terbukti sejak tahun 222 Hijrah bersamaan 812 Masihi seperti tercatat dalam tulisan jawi (rujuk lampiran 65 bertulisan jawi Undang-Undang Kedah Transliterasi Teks, penyelenggara Mariyam Salim, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2005). Di sini ternyata kewujudan Kedah bukan tahun 1136 Masihi seperti diuar-uarkan oleh ahli sejarah Kedah Darul Aman.

Boleh dikatakan banyak nama tempat atau negara adalah berasal daripada perkataan Siam. Ini disebabkan negara-negara berkenaan memang berasal dari benua Siam Kedah Kheang Tesh. Negara Filipina misalnya, kewujudan negara tersebut adalah pada tahun 1758 masihi. Ia didirikan dan diperintah oleh Raja Maha Besar Benua Siam Dinasti Ayuthia yang digelar Boromoraja V Ekataat Cau Phaya Sharif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia.


Baginda bersemayam di Ayuthia (Thailand). Putera baginda bergelar Cau Phaya Kersan bermakna Cau = Tuanku, Phaya = Maharaja, Kersan = Yang Ke-II. Nama sebenar ialah Koya Long Sultan Muzaffar Shah. Semasa menjadi raja di Kemboja, baginda digelar Pho Chan iaitu Putera Lelaki Beta. Pada tahun 1976 Masihi semasa baginda bersemayam di Kota Ayuthia Cempaka Sari, Kemboja, baginda diusir oleh tentera raja Buddha Aluang Phraya Lanna Thai.

Aluang Phraya berasal dari India dan mereka menubuhkan kerajaan di Luang Phrabang Benua Siam pada tahun 1736 Masihi. Apabila diusir, Koya Long kembali ke Brahman Indera, Alor Star. Para pegawai Koya Long ditempatkan di Pulau Langkawi dan sempena penempatan itu maka tempat itu dinamakan Kampung Kamboja.

Tenteranya pula ditempatkan di Bendang Raja Mukim Rambai Pendang, Kedah. Pada 1758, baginda berpindah ke Kuala Kangsar, Perak lalu membina sebuah Ayuthia dari kayu dan buluh, sesudah itu baginda membina kota Bukit Gantang dan menempatkan istana di dalam kota tersebut. Kini kota tersebut dikenali dengan nama Kota Long Jaafar. Long Jaafar ialah cucu Koya Long.

Long Jaafar ialah Sultan Jaafar Muadzam Shah Perak. Putera Koya Long yang bernama Sultan Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang ialah ayahanda kepada Sultan Jaafar Muadzam Shah Perak. Syed Alang Alauddin bersemayam di Ayuthia Ban Nai Lang dalam kawasan Na Thawi, Songkhla Thailand. Perkataan Songkhla bermakna hantar benih. Hantar benih di sini bermaksud Raja Maha Besar benua Siam Sharif Shah menghantar keturunannya untuk menjadi raja di Songkhla.
– NAI LONG KASIM IBNI NAI LONG AHMAD,
Langgar, Kedah.

Sempena Merdeka

Salaam, sempena "tanggal 31 bulan lapan, lima puloh tujoh" ni, aku ada baca blog member aku, korang try tengok, insyaallah tak nyesal punya. hahahahhaha, aku tak tahan ah, ingat nak copy paste je, tapi korang tgk aaa dulu yg nih

http://perokoksoleh.blogspot.com/2009/04/sepetang-bersama-muslim-dan-yahudi.html

nanti insyaallah aku akan post tentang Sejarah kedah. Apa kena mengenanya dengan sempadan thailand, atau lebih tepat, patani. Mereka bukan orang siam, bukan orang thailand, tapi orang melayu, Bahkan orang ISLAM!

ok selamat menyambut cuti masing2, esok dah kena nyeksa diri plak.
wakkakkakakkaa

IKLAN: Baju2 muslimah

Salam sayang semua...

Dah tau tu sila panjangkan lahyer kepada kengkawan...hihi...moga murah rezeki kita
semua...

http://zaatajul.fotopages.com/?entry=1640198&back=http://zaatajul.fotopages.com/?page=3


kepada yg berminat utk mencari duit poket sendiri dan pakai baju free....sama2 lah kita menjual kpd kenalan dan sesiapa saja...

syukran jazilan.

-cg. zaharah-


p/s: cg zaharah menjual baju2 muslimah dengan berbagai design and colours yang sesuai untuk dipakai oleh semua khususnya perempuan, baik yang muslim or non-muslim. berminat? layari sendirilah website ni...
minx maaf, tumpang blog ni..

Majlis Berbuka Puasa 09

Salaam,
Tanggal 30 bulan ogos 2009, malam merdeka, pukul 11.00 mlm, setelah kami mesyuarat panjang lebar, bertikam lidah, bertukar pendapat dan dengan cadangan yang tidak terhitung banyaknya, akhirrrrrrnyaa, aku sendiri telah dilantik oleh kawan2 untuk jadi pengurus majlis berbuka puasa -.-".
Jadi butiran2nya adalah seperti berikut yang diberi:

Tarikh: 12 SEP 09
Tempat: Rumah Nasri, Sungai Ramal Dalam, Kajang
Masa: Tiba sebelum berbuka
Bilangan Hadirin&Hadirat: ???(Masih dalam siasatan)
Budget: (Tunggu bilangan orang)

Kerjasama anda amat diperlukan:
-Contact kawan2
-Maklumkan kepada aku berapa ramai
-Sila beri tunjuk ajar!

Tolong bagitahu maklumat sebelum 10 SEP, sebab nak kira budget.
Jika ada apa2 pertanyaan, hantar comment/talipon *133717601 *=0
Maaf jika terkasar bahasa, silap tulis & mcm2 lagi.

MaWaisZ

*Post will be updated for further more information

jadilah seorg sahabat bg sahabatmu..

Assalamu'alaikum semua,.. sempena bulan ramadhan al-mubarak, ana nk ucapkan selamat menyambut bulan puasa. jom sama2 kta berlumba dalam mencari redha-Nya... sama2 kita perbanyakkan muhasabah diri..



RAKAN TAULAN

Pujangga berkata: "kamu tidak perlu ceritakan siapa kamu, tetapi cukup terangkan siapa kawanmu, nescaya aku kenal siapa kamu."
Terdapat riwayat bahwa Allah s.w.t. mewahyukan kepada Musa a.s. maksudnya: "wahai Ibn Imran (musa), jadilah kamu orang yang berwaspada dan carilah ikhwan (sahabat) bagi dirimu, dan setiap saudara dan kawan yang tidak menolong kamu untuk ke-redhaan-Ku maka dia bagimu merupakan musuh dan penyebab kerasnya hatimu dan menjauhkanmu daripada-Ku."




banyaknya gelak tawa dan rancangan hiburan di paparan skrin….
membunuh keseriusan perjuangan umat nabi Muhammad s.a.w. kini...
kita adalah pemuda-pemudi islam,. haiya 'alas solah, haiya 'alal falah

serenity@sms

PROJEK 30 OGOS!!

Bukan projek Merdeka
Bukan projek bertandang Raya
Tapi..
Projek Ziarah Cikgu2

InsyaAllah pada Ahad ni bersamaan 30ogos kita bercadang untuk ziarah cikgu2 kita dulu..
ziarah sempena ramadhan..
InsyaAllah satu rumah akan dijadikan port bukak pose..

kenapa buat sekarang?
kenapa x lepas raya?
sebab lepas raya ramai dah kawan2 kita nak blk mesir..
dorg xnk ketinggalan join program kita jugak..

macam mana nk join?
maklumkan penyertaan kepada mastermind projek
Amalina Asilah
0136510654

sebarkan dan ajak semua kawan2 alumni
segera!

Raya Gala Gathering

SalamuLLahi Alaikum..
Ramadhan Kareem!

Semoga sihat2 belaka dlm keadaan dan cuaca yg tak menentu skrg ni..

THIS IS THE PLAN!
We are gonna held a Raya Gathering during the forthcoming Syawal
May we can get together and strengthen our ukhuwwah

So, everyone has to vote utk tarikh dan tempat yg sesuai..
Vote kat comments ek..


Pasni nk mudah, kita kena ada yahoo group pulak..
sape nk jd moderator??
Khalilah?Enol?Suhaila?Anyone??
sape berminat nk TLG wujudkan dan moderate yahoo group tlg bgtau kami..
letak je info kt bhgn comments..
just supaya x clash ngn org lain yg nk wat jgk..

RAMADHAN
Moga2 Ramadhan ini menjadi yg terbaik buat semua..
Kita tinggal lagi 27 hari je lg sblm Ramadhan berakhir
So sila rebut peluang ini..
Even not once in a lifetime, tp kalau terlepas once pun SGT3 RUGI..

RAMADHAN KAREEM buat semua!

Ajak kawan2 ramai2 dtg sini vote!!

p/s: sama2 doakan ayah muzammil yg baru keluar hospital tadi..

Bukanlah Sekadar lagu


Kawan (UNIC)

Kawan bertahun kita bersama
Bagai semalam baru bersua
Kawan di hadapan oh indahnya
Kita bersama berkelana

Namun kita jauh
Di dunia sendiri
Bekalan sendiri (semangat sendiri)
Impian sendiri
Meski pun jauh namun
Kita tetap bersama
Dek ruang yang memisahkan kita

Kawan hidup ini umpama langit
Yang tidak selalu cerah
Kawan hidup ini bagaikan awan
Yang tidak selalu putih

Ingatlah (ingatlah kawan ingatlah)
Takkan terus berkelana
Ingatlah (ingatlah kawan ingatlah)
Pasti akan hilang

Kawan jangan biarkan dirimu
Seperti rama-rama
Cantik namun akhirnya
Menjadi perhiasan di dinding

Kawan jangan biarkan dirimu
Umpama lipan dan kala
Berbisa namun akhirnya
Menjadi perhiasan dimeja tulis

Oh kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi umat semesta
-end-


Kalau tak silap aku ar...
waktu tu kat depan 4AB(kalau tak ingat, 4AB=4 Abu Bakar)
rasanye tengah rehat la kot,, sebab kitorang boleh wat bising kt koridor..
uwais nyanyi dulu lagu nie awal2 (sebab suara uwais dah la sedap)
pastu zubair lak join(sambil promote kat aku),,
pastu aku nyanyi senyap2(takde bakat ar nasyid2 ni,, hurm~),, hehe
kemudian kitorang nyanyi sama2 (ada ke?).. tak ingat lar..

SO
kepada semua,, selamat berjuang di medan masing2..
jangan la down je...
Apa yang penting,,, KERJASAMA,, hehe
Kalo susah sangat nak wat reunion, jemput je la waktu walimat sape2.. :)

P/S zubair pesan suruh hidupkan blog nie... Sape ek pembaca nye... huh~

Pieces of Memoirs

Bismillah..

First sekali,
Pekabo semua,,
Harap semua dalam keadaan yang sihat,,
Jadi kepada sesiapa yang tidak ingat sape gua boleh la recall sekarang ek,,
Nak kate famous takde la sangat,,
Nak kate pandai takde la bijak sangat,,
Belajar local je,, semoga sahabat2 yang kat oversea selamat tidak kene H1N1,,
Senang cerita,, gua low-profil r..

Nak dipendekkan cerita,
Rindu la korang semua, dah lame tidak jumpe,, kalo last jumpe pon waktu exam UPSR,,
Kalau nak bercerita tentang sekolah rendah agama ABIM,,
Satu bende yang paling gua suke waktu sekolah rendah tu adalah ketulusan untuk bersahabat,,
Mungkin sebab waktu tu kite PURE HEART kot,,
Tidak pernah pon berfikir berkawan untuk tujuan2 tertentu,,
Tidak ade masalah, habiskan masa dengan bermain, berbual, share masalah, gosip2(kalo ade la,hehe), dan lain2,
Paling penting adalah dapat berjumpe dengan SAHABAT setiap hari,,

Mungkin kite semua dah selesa dengan hidup kite sekarang,,
Tapi bagi gua THINGS FROM PAST MAKE US TODAY (ntah mne ntah dpt ayat nie,hurm~),
Banyak bende yang gua menyesal waktu masa lalu,,
Banyak sangat sampai nak tulis next post,, hehe
Antara semua bende yang gua menyesal paling tidak best adalah tidak dapat MENGUCAPKAN SELAMAT TINGGAL DAN SEMOGA JUMPE LAGI,,
Sebab apa?
Kerna gua kena denggi betul2 lepas exam UPSR,,
Bukan setakat betul, tapi memang,,
Jadi last kita jumpe seingat gua waktu paper last UPSR,,
Waktu tu gua belakang meja Yohana, kanan gua budak perempuan, belakang kosong (sebab orang last), timur laut dan timur selatan pon perempuan, bahagian barat adalah pintu dan pokok (tempat termenung waktu tidak ade idea jawab exam), seorang je lelaki kat sini,, tidak best langsung T_T (seriously)
Kemudian on the spot lepas exam, gua demam,,
Da demam mesti la kene hantar pergi hosptial sebab suhu gua >37 (gua x amek bio ek..)
Setelah beberapa minggu gua ade kat hospital keseorangan, kene makan ubat berkali-kali, pesakit sebelah katil bersilih ganti, tandas berulang-ulang kali singgah(kalo kene denggi korang paham r -_-), maka akhirnya dapat juga keluar wad,,

Tapi,,
Sudah cuti da waktu tu,,
Perasaan tidak best datang sebab waktu result UPSR keluar, emak gua bagitau di dalam hospital,,
Peluang TERAKHIR untuk berjumpe member2 gua da terlepas,,
Namun gua tetap ingin jumpe mereka di sekolah,,

Prit pret2 prit2 bunyi moto suzuki cup gua,,
Gua datang kesekolah seperti biasa,,
..............Syuih~~~ (sunyi+daun bertebangan+bunga sakura jatuh!?)
"Senyapnya,, " monolog dalaman gua,,
Ini menunjukkan sekolah da abis dan kte da MENAMATKAN sekolah rendah,,
Namun hati ini tidak menerima hakikat sekolah sudah cuti dan tidak mungkin gua dapat jumpe sahabat sekelas dan sebaya gua lagi,,
Mungkin FITRAH manusia dengan melihat sendiri baru dapat menerima kenyataan yang hakiki,,
0
Abjad kosong mungkin dapat menggantikan perasaan gua waktu tu..
Kerusi tanpa penghuni, meja tidak ade buku, papan hitam penuh dengan coretan kapur, sampah sarap yang AJK kebersihan tidak sapu(sape la yg x tugas nih, huh~), itu SAHAJA yang tinggal,,
Hati ini mungkin kalo dibelah dada gua mungkin kelihatan seperti kertas yang dikepul-kepulkan pastu kene buang kat tong sampah,,(metafora dari budak laki yang xprnh bce novel smpai hbs,, huh~)
Mungkin sebab gua lelaki, gua hanya SEBAK didada,, kalo gua perempuan da terjun da dari tingkat 3 depan 6 Abu bakar,,(lol+betul2)
LIFE GOES ON DUDE,,
Namun seorang lelaki mesti la kacak dan bergaya,, kene CONTROL macho,
mata pon hampir merah je,, hehe
Peristiwa ni la yang menghantui gua selama ni kot,,
Perasaan menyesal tidak berjumpe korang buat kali TERAKHIR,,
Da la sedih pastu tidak ade alamat serta nombor telefon korang lak tu,,
Tapi SAHABAT tetap SAHABAT,
Kte pernah berkawan sepenuh hati,
Tidak ade kompromi (gua pon xtau mksd nye), tidak ade prejudis, tapi bersahabat dengan telus, jujur dan dengan hati keanakan-anakan kte...
SEKOLAH RENDAH BEST,, hehe

Mungkin korang semua tidak sedar, kad manila info bahasa arab, bm, bi dll yang pernah gua dan korang buat, gua bawak balik rumah nak tampal kat bilik gua..(tapi beberapa lama lepas tu kene buang sebab mak nampak macam longgokan sampah.. 0_o)
Mungkin tu je kot KENANGAN terakhir dengan korang yang gua simpan (walaupun da xde..),,
Tapi mungkin ade benarnye,,
ade banyak member lagi yang gua tidak jumpe,,
Mane ek korang?
Mungkin DISINI?
Waallahhuallam..

P/S Hurm,, tidak sangka lak ade masa nak post mende ni padahal nak post kt blog sendiri pon tidak sempat..

semalam

Dgn nama Allah yg Maha Pemurah, lg Maha Mengasihani.

First of all, sy nk ucapkn thnx kat Zubair atas kepercayaan yg diberikan kpd sy utk mjadi salah seorg author kat blog ni. Despite all my weaknesses. Tak terbanding kot klu nk banding sy ngn kwn2 satu batch yg laen, yg jg punya blog masing2. U guys are way to good compared to me =)

ENOUGH

...........sdg berfikir ...............x nak serius...............xnak skema............

1997-2001..
skrg 2009..


dah 12 tahun..
sejak first day aku jejak dewanLPA. dibawa touring kawasan Sri ABIM yg sgt gigantic bg aku yg kecik kemetot time tuh. [skrg x taw la haha]

Years past by..
every single thing mcm still boleh igt..

dr kelas, toilet, tangga, kantin yg sesak, kantin yg kena saman,

surau, selipar yg dibuang cikgu bila bersepah,

bas yg sesak,ais-krim pop,Yuppies 30sen, KOOP,

hari Isnin, spot check, hri Jumat dgn nasi ayam yg superb!

library dan PPS yg suka tukar warna baju,

BCG, dental check-up,

tasmi' surah Ad-dukhan, pertandingan nasyid yg asyik kalah [hehe],

hri Ihtifal, UPSR-


hoho..boleh korg bayangkan satu2? klu xbley, start baca balik. last sekali, make sure korg igt muka si polan yg sedang menaip nih. =p..

P/S: I'm in Uniten now, where are u?

Salam~

I.am.no.perfect- Khalilah

GOT FREE TIME?

Kepada sesiapa yg sedang bercuti lama..

ape kata,
manfaatkan cuti dgn menjadi guru ganti kat ABIM.hahah.
daripada melangut kat rumah x buat pape..
at least dpt gak saguhati sekolah bagi insyaAllah.
yg plg penting dapat berbakti pada sekolah yg byk berjasa pd kita..
sape berminat boleh contact Ust Suhaili 0133505403
sebut kat dia zubair xpun zainul yg cdgkan..

x pun,
amek la sedikit masa develop blog sendiri..
kalau x banyak menulis pun xpe..
yg penting dpt keep in contact dgn kawan2..
lagi2 yg kat overseas..
at least kami yg kat Malaysia ni tahu perkembangan terkini..
dan yg kat Malaysia pun apa salahnya..
bukan selalu dapat jumpa..
dapat baca cerita & perkembangan terkini pun cukuplah wat lepas rindu..
hahah

lagi,
sape yg cuti boleh la tlg organize meet together kat mana2..
g main boling ke..
yg penting someone kena main peranan aktif la..
untuk pengetahuan,
sekarang ni AimanHajam,Suhaila,AnisSamihah,Uwais,Faiz Ibrahim tgh cuti & ada kat Malaysia..
MuadzMasroh pun balik Malaysia ogos ni..
x igt dah berapa hari bulan ayah dia sebut hari tu..
tp xlama lagi la..
dan kawan2 kita yg balik cuti ni pun dah dekat nk abes cuti dah..

lagi2..
sape ada blog tlg tinggalkan url address kat bhgn comments ni atau kat chat box sinun tuh..
nak link ke blog alumni nih..
& dont hesitate to visit our friends yg rajin blogging kat bawah tu..
lagi2 khalilah dgn athirah..
mcm hari2 update blog..
so kita raikan la dgn membaca & komen banyak2..har3.

lagi,lagi dan lagi..
sape rajin menulis atau menconteng meh sini jd author blog ni.
kita nak blog ni lively dan slalu update..
nnt ada ex-abim bising kat chat box tu suro update..huhu
andai berminat boleh emel nama,alamat emel dan blog ke ahmadzubair_sb@yahoo.co.uk
kalau xde volunteers,kita akan tangkap muat je sape2.hahah

lastly..
siapa cuti sila maklumkan di blog ini bahawa anda bercuti supaya kita boleh cari masa yg sesuai untuk arrange meeting or gathering..
raya ni amacam?
sape cuti?
maklumkan di bahagian comments atas sana tuh..

KAMI PUNYA BLOG

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Blog untuk alumni kita berjaya akhirnya diwujudkan. Tp blog ni telah diwujudkan terlebih dahulu sblm mintak izin dgn pengerusi alumni. hehe. Sori Tajul. Nnt aku repot kt ko later on. Aku ada mslh sikit dgn handphone.

Siapa kami?
Blog ini sebenarnya khusus untuk alumni ABIM Sg. Ramal tahun 1 1997 ataupun form 1 2003. Tapi alumni2 yg lain dialu2kan untuk bersama dgn komuniti ini.

Melalui blog ini kita mengharapkan segala projek, program dan sebagainya yang berkaitan dgn alumni ataupun sekolah dapat dihebahkan kpd semua. Jd kita mengharapkan agar blog ini dihidupkan dgn kehadiran anda semua. Alang2 singgah tu, tlg emel kpd moderator personal details utk disimpan dlm database. ada alamat emel kt sblh kanan tu.

By the way, I cannot handle this blog all alone. I dont really have much time for it. So anyone who wants to volenteer helping out, kindly please mail me your details. Sape2 pun yg berminat nk jd moderator bole bagitau.

Kalau ada sape2 nk blog dia link kat sini pun tlg emelkan web address kt moderator.

Sape kawen, tunang, or pergi luar negara punkita akan maklumkan di sini. hoho. InsyaaAllah..

enjoy!